kerjaya hubungi kami

kdn logo2

  • PERKHIDMATAN
  • Klasifikasi Filem

Klasifikasi Filem

 

klasifikasi1

 Filem yang diluluskan oleh Lembaga Penapis Filem dikelaskan kepada tiga kategori iaitu;

 

KLASIFIKASI PENERANGAN

 

UMUM

Kategori ini untuk tontonan semua lapisan masyarakat tanpa had umur.   Filem memaparkan nilai-nilai murni, kesopanan dan memberi pengajaran positif   serta menghiburkan.

 

 

P13

Penonton berumur di bawah 13 tahun memerlukan pengawasan dan bimbingan   ibu bapa atau penjaga ketika menonton. Filem mengandungi unsur seram,   menakutkan, adegan atau aksi negatif, unsur suspen dan mengejutkan tetapi   tidak berlebihan; jalan cerita yang sukar difahami dan unsur yang boleh   mengganggu emosi kanak-kanak.

 

18

Kategori ini untuk penonton yang berumur 18 tahun dan ke atas. Filem   mengandungi unsur seram, ngeri serta ganas tetapi tidak keterlaluan; adegan   kedewasaan yang tidak keterlaluan dan aspek sosial politik serta agama yang   sensitif yang memerlukan tahap kematangan tinggi untuk memahaminya.

 

 

Klasifikasi Filem Terdahulu

Pengkelasan filem diperkenalkan pada tahun 1953 yang mengkelaskan filem kepada dua kategori iaitu Untuk Orang Dewasa Sahaja dan Tontonan Umum.

Mulai tahun 1996 pengkelasan berubah kepada U dan 18. Klasifikasi 18 dibahagikan pula kepada 4 kategori kecil seperti berikut:

18SG

-  mengandungi unsur-unsur ganas atau seram tetapi tidak keterlaluan

18SX

-  mengandungi unsur-unsur seks tetapi tidak keterlaluan

18PA

-  menyentuh aspek-aspek agama, sosial dan politik

18PL

-  mengandungi gabungan dua atau lebih unsur-unsur di atas iaitu ganas, seram dan seks

Pada April 2010 pengkelasan filem berubah kepada U, PG13 dan 18. Seterusnya pada Januari 2012 pengkelasan berubah kepada seperti diguna pakai sekarang iaitu U, P13 dan 18.