kerjaya hubungi kami

kdn logo2

  • MAKLUMAT KORPORAT
  • Sejarah LPF

Sejarah

Sejarah penapisan filem di Malaya bermula pada tahun 1908. Pada masa itu, pihak polis diberi kuasa untuk menentukan kesesuaian adegan dalam sesuatu filem. Pihak polis juga berkuasa membuat serbuan dan merampas filem yang melanggar peraturan.

Walau bagaimanapun, pada tahun 1917 jawatan khusus iaitu Film Censor diwujudkan tetapi masih diletakkan di bawah pentadbiran pihak berkuasa polis.

LPF ditubuhkan pada 1 Mei 1954 bermula sebagai pejabat cawangan kepada Malayan Censorship Board yang pada masa itu beribu pejabat di Singapura. Pada tahun 1965, ekoran perpisahan Singapura daripada Persekutuan Malaysia, ibu pejabat LPF Malaysia beroperasi di Kuala Lumpur.

Sejak awal penubuhannya, LPF diletakkan di bawah kementerian yang bertanggungjawab mengenai keselamatan dalam negeri, kini dikenali sebagai Kementerian Dalam Negeri dengan diterajui oleh seorang Pengerusi.

Penubuhan dan operasi LPF adalah berasaskan undang-undang. Sejak penubuhannya, tiga undang-undang telah digunapakaioleh Lembaga iaitu:

i.Cinematograph Films Ordinance 1952,

ii.Akta (Penapisan) Filem 1952 (Akta 35), dan

iii.Akta Penapisan Filem 2002 (Akta 620)