kerjaya hubungi kami

kdn logo2

  • MAKLUMAT KORPORAT
  • Pengenalan

Pengenalan

Lembaga Penapis Filem (LPF) ditubuhkan pada tahun 1954 di Singapura. Dua jawatankuasa diwujudkan iaitu di Singapura (untuk Negeri Selat) dan satu lagi di Kuala Lumpur (untuk Tanah Melayu). Pada tahun 1966 ibu pejabat LPF Malaysia dipindahkan ke Kuala Lumpur.

Fungsi LPF ialah melaksanakan dasar penapisan dan menapis filem untuk seluruh Malaysia. Akta pertama yang diguna pakai ialah Akta Filem Sinematograf 1952 (Pindaan 1966) diikuti Akta Penapisan Filem 2002 (Akta 620) yang mana berkuat kuasa sehingga hari ini.

LPF diterajui oleh seorang Pengerusi dengan dibantu oleh seorang Naib Pengerusi dan dianggotai oleh sekumpulan Anggota Lembaga. Dalam melaksanakan tugasnya, Lembaga dibantu oleh sekumpulan pegawai Urus Setia yang diketuai seorang Setiausaha Bahagian.

Tugasan tapisan filem dilaksanakan dengan menggunakan kaedah panel tiga orang Anggota Lembaga. Keputusan panel diperakukan untuk pertimbangan Pengerusi atau Naib Pengerusi Lembaga. Sesuatu pertimbangan dibuat berdasarkan peraturan dan kriteria yang ditetapkan oleh tiga dokumen asas iaitu Akta Penapisan Filem, Garis Panduan Penapisan Filem dan Panduan Khusus Penapisan Filem.